cooltext8061376.jpg

Laman Utama | Staff | Muat turun | Carta Organisasi | Hubungi Kami | Almuni | PIBG
LATAR BELAKANG IBU BAPA MURID

Tujuh puluh peratus ibu bapa murid ini adalah petani dan penoreh getah dan yang selebihnya adalah kakitangan kerajaan dan swasta. Pandapatan perkapita ibubapa murid adalah di antara RM200-RM600 sebulan.

Aktiviti pertanian yang dijalankan oleh ibu bapa murid adalah tanaman padi secara berpindah rendah dan menanam tanaman jangka pendek seperti nanas dan sayur-sayuran.

Berdasarkan kepada pendapatan berkapita murid, tidak hairanlah mengapa mereka menerima kesemua bantuan seperti KWPM, RMTS, Skim Pinjaman Buku Teks, Skim Baucer Tuysen dan Pakaian seragam sekolah yang disediakan oleh kerajaan.

KERJASAMA IBU BAPA MURID DENGAN PIHAK SEKOLAH

Kerjasama yang ditonjolkan oleh ibu bapa melalui aktiviti PIBG seperti gotong royong membersihkan kawasan sekolah, HUPH dan sebagainya amat membrangsangkan.


Antara ibubapa dan bekas pelajar yang hadir pada HUPH 2007. Majlis yang diadakan secara sederhana ini telah dirasmikan oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah Tamparuli iaitu Cikgu Rejoss Moo.

Majlis ini juga turut diserikan dengan beberapa persembahan nyanyian solo, koir dan tarian oleh murid-murid sekolah ini. Seramai lebih dua puluh orang murid juga telah menerima hadiah dan sijil dalam pelbagai ketogari seperti murid terbaik Tahun Satu, murid paling rajin dan sebagainya.

Hadian dan jamuan makan pada majlis ini adalah dibiayai oleh PIBG sekolah ini.

Photobucket
Photobucket

Photobucket

Updated by: Mr Alfred Aning
Paparan terbaik: Internet Explorer 4.0 / Netcape 6.0 ke atas pada resolusi 800 x 600 pixels.